Tuesday 2 April 2013

Migraine [02.04.2013]

Teks: Nurulhuda Ismail @ Wahid


Sudah hampir seminggu saya diserang migraine. Mungkin faktor kurang rehat dan tekanan kerja di pejabat membuatkan saya mengalami migraine.


Sedikit maklumat yang saya perolehi daripada pencarian di internet tentang perkara-perkara yang boleh menyebabkan migraine berlaku.

Dalam kes normal, antara sebab-sebab migraine adalah:

  • alahan kepada sesuatu
  • cahaya yang cerah, bunyi bising dan bau tertentu
  • tekanan fizikal atau emosi
  • perubahan dalam waktu tidur
  • merokok atau terhidu asap rokok
  • tidak makan
  • alkohol
  • haid
  • makanan yang ada MSG (contoh: aji-no-moto)
  • pening kepala
  • makanan lain seperti coklat
  • cuaca
Setelah diteliti satu persatu diantara punca-punca di atas, saya amat pasti migraine saya ini berpunca daripada tekanan dan perubahan dalam waktu tidur. Walaupun migraine saya ini hanya datang menyerang sesekali dan tidak terlalu teruk, tetapi sedikit sebanyak ia tetap mengganggu tugas harian saya di rumah dan juga di pejabat. Mungkin saya perlu mengambil cuti untuk beberapa hari dan berehat bagi melegakan tekanan yang dihadapi. Percutian di pulau atau di kawasan sejuk seperti Bukit Tinggi atau Cameron High pastinya amat menenangkan dan merehatkan otak dan badan kita.

Keadaan seperti inilah yang membuatkan ramai pengusaha pusat spa mengambil peluang untuk mempromosikan spa milik mereka. Dengan promosi yang diberikan melalui perkhidmatan secara pakej seperti urutan muka dan badan dengan harga istimewa dan sebagainya, pemilik spa pastinya akan mendapat lebih ramai pelanggan untuk datang memanjakan badan bagi melegakan ketegangan yang mereka alami. 

Tidak semestinya kita memerlukan ubat doktor untuk memulihkan setiap penyakit yang kita hidapi. Kadang-kala dengan rehat yang mencukupi, atau mendapatkan khidmat urut dan refleksologi di spa dapat melegakan atau menyembuhkan penyakit yang kita hidapi.

1 comment:

  1. nurul , lain kali boleh cuba tips ini, insyallah mujarab dgn izinnya..



    caranya ialah

    Semasa sembahyang, setiap kali sujud tu mesti 2 min or lebih n kena baca byk skit la "subbhana.......ala.....wabbihamdih" tu insyallah hilang..or bleh tgk link sy.. https://www.facebook.com/taman.sunnah


    ReplyDelete